1.0
Pengenalan
Terapi
Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan
perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap tingkah
laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan mengurangkan tingkah laku yang
tidak sesuai dalam kehidupan seharian (kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku
digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk
membantu individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan seharian mereka.
Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun
1950-an dan terapi ini tidak seperti
teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan dalam
terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess pembelajaran
manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain seperti
psikoanalisis yang memberi penekanan
terhadap falsafah.
Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan
oleh Ivan Sechonov Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti
serta Bandura yang menggunakan Teori
Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan pengaruh sosial.
Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah memperkembangkan lagi konsep-konsep
sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini semakin berjaya
mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu di dunia.
2.0 Tokoh Teori
Tingkahlaku.
2.1 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
Pelopor
terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi penekanan
dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di
sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang
peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak.
Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di
Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang
penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat
penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah
berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di
Greenwich, New York City sebagai “bohemian”.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah
membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat
Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931.
Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga
tahun 1939.
Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai
pengerusi Psychology Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau
telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana.
Beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah
penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan
kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun
beliau terpilih sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah
satu buku beliau ialah Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada
18 Ogos 1990 akibat leukemia.
Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku
haiwan dan beliau kemudiannya dapat
membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan menggunakan burung merpati
sebagai subjek eksperimen.
3.0 Konsep Utama
Terapi Tingkah Laku
3.1 Pelaziman klasik
Pelaziman Klasik
memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di dalam kajian ataupun
eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses pencernaan terhadap anjing,
Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya boleh mengeluarkan air liur
walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran
boleh berlaku di dalam persekitaran yang disediakan.
Apabila
anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing tersebut
akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan.
Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi
respon. Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di
mana setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan
makanan. Prosedur ini telah diulang beberapa kali untuk memberikan satu proses
pembelajaran.
3.2 Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang
diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan kepada sebab dan
akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini
merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat
mengubah kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik.
Satu
eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati sebagai
satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung.
Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan.
Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan makanan terkeluar, maka
tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan.
Seterusnya
tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan yang lazat
dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.
3.3 Teori Kognitif
Sosial
Kedua-dua
pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan
yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah
laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori
Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial mempunyai
2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang menekankan peranan
pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.
3.4 Personaliti
Anggapan
asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah laku individu
itu adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut Lockian, manusia
secara semula jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak mempunyai sifat yang
baim atau pun buruk.
Personaliti manusia terbina dan berkembang
bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas
melalui rangsangan. Dalam proses ini corak tingkah laku dan personaliti
seseorang akan terbina.
3.5 Peneguhan
Peneguhan positif
bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus memberikan kesan yang
positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku
tersebut akan meningkat dan berulang apabila
diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses
penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut
berulang apabila menerima peneguhan yang negatif.
Sebagai
contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud tingkah laku
menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna wujudnya
peneguhan positif.
3.6 Penghapusan
Penghapusan merupakan
satu proses yang tidak wujudnya peneguhan. Situasi ini akan menyebabkan tingkah
laku tersebut dihentikan.
Sebagai
contoh, seorang ibu akan membiarkan anaknya merengek. Konsep ini mendapati anak
tersebut akan berhenti berbuat sedemikian kerana terasa diabai. Namun tidak
semua situasi adalah bersesuaian dengaan konsep ini kerana sesetengah situasi
akan mengundang bahaya seperti mengabaikan anak yang aktif bermain.
3.7 Membuat
kesimpulan
Apabila satu tingkah laku diberi
peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya kesimpulan ke atas tingkah laku lain
dengan menggunakan rangsangan yang sama.
3.8 Perbezaan
Keupayaan
untuk bertindak balas tehadap situasi yang berbeza bergantung epada ransangan atau
keadaan yang disifatkan penting oleh individu.
Misalnya pemandu yang bias membezakan warna lampu isyarat iaitu lampu bewarna hijau
menandakan ‘jalan’ manakala lampu berwarna merah menandakan ‘berhenti’
3.9 Pembentukan
Apabila
terapis membentuk tingkah laku klien, peneguhan, penghapusan, membuat
kesimpulan dan perbezaan akan wujud bersama. Dalam membentuk tingkah laku, akan
berlaku perubahan atau pergerakan secara beransur-ansur daripada tingkah laku
asal kepada tingkah laku yang diberi
peneguhan.
3.10 Pembelajaran melalui
Pemerhatian
Dalam proses pembelajaran sesuatu
tingkah laku, deria adalah komponan penting yang turut berperanan. Bandura
mempercayai bahawa kebanyakan proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian
dan modeling daripada orang lain.
4.0
Ciri-ciri Terapi Tingkah Laku
Pemusatan
perhatian pada tingkah laku yang tampak dan spesifik, kecermatan dan penguraian
tujuan-tujuan terapi, perumusan prosedur terapi yang khusus yang sesuai dengan
masalah, penilaian objektif atau hasil-hasil terapi.
5.0 Pandangan Terapi
Tingkahlaku Terhadap Manusia
Tidak
semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri
tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk
mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan
ruang kebebasan manusia, bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan
deterministic semata-mata, mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan
mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku
mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri.
6.0 Tingkahlaku Semulajadi
Manusia
Tingkahlaku
Semulajadi Manusia
merupakan rahsia sifat yang
tinggi nilai hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan
makhluk yang lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup
sempurna dan seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku
semulajadi manusia.
6.1 Paling Lemah Sewaktu
Dilahirkan
Manusia adalah antara makhluk yang
paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa
mempunyai sikap dan Tingkah laku Genetik dari lahir (Genetically Imprinted).
Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau berdikari sewaktu dilahirkan.
Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses pembelajaran dan perlu
bergantung kepada manusia lain.
6.2 Perbezaan Individu
Manusia menunjukkan Perbezaan
Individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini dengan
jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan
Individu inilah yang mengandakan lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah
komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan peransang kemajuan
peradaban.
6.3 Perkembangan Potensi
Manusia memiliki potensi yang tinggi
untuk pertumbuhan dan berkembang jika dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak
dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak manusia mampu berkembang membesar tiga
kali ganda, begitu juga dari segi kapasitinya.
6.4 Merakam Memori dan Masa
Manusia ialah satu-satunya organism hidup
yang mampu menangkap dan merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati
apa yang telah berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang
untuk masa hadapan.
6.5 Komunikasi dan Perincian
Manusia mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan pemikiran mereka dengan
terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan
bahasa mereka kepada orang lain, merekod, mengklasifikasi, menghantar dan
menerima perkataan.
6.6 Memanipulasi dan Dimanipulasi
Selain itu, manusia berpotensi untuk
memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini menyebabkan
tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan
daripada konteks persekitaran dalam lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti,
persekitaran mempengaruhi tingkah laku manusia.
6.7 Pena'akulan dan Akal
Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul
dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang
rasional berasaskan alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.
7.0 Matlamat Terapi Tingkah Laku
Dalam teori ini matlamat
perlu dijelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan secara spesifik
sebagai perkara yang dapat dilakukan oleh klien selepas melalui proses
kauseling. Kehendak klien juga dapat membantu kaunselor menggunakan prosedur
serta teknik yang sesuai bagi menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai
bagi mengubah secara spesifik tingkah laku klien. Kaunselor dan klien akan
menentukan apakah tingkah laku yang baik dan tingkah laku tidak baik dan wajar menegakkan
tingkah laku bersopan serta menghindar tingkah laku kurang sopan berdasarkan
budaya masyarakat.
Dalam proses pembelajaran mengikut pendekatan Terapi Tingkah Laku
ini, pembelajaran lampau adalah berkait dengan keadaan yang serupa dan pernah
dialami oleh klien. Pengalaman dan juga ransangan serta tindak balas memainkan
peranan penting dalam pembelajara. Selanjutnya tingkah laku yang terhasil juga di pengaruhi oleh motivasi
semas serta kesannya terhadap kepekaan alam sekeliling. Oleh yang demikian cara
dan teknik digunakan wajar disesuaikan mengikut keadaan klien.
Selain itu perubahan, pengubahsuaian dan
peyingkiran tingkah laku diberi focus. Setiap matlamat dalam terapi perlu
ditetapkan bersama oleh oleh kedua-dua pihak iaitu kauselor dan klien. Dalam
mencapai matlamat tersebut terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti agar
matlamat yang ingin dicapai dapat mengubah tingkah laku klien seperti yang
dikehendaki. Antara langkah-langkah yang disarankan ialah :
7.1 Mendefinisikan
masalah
Sekiranya masalah tersebut adalah untuk diselesaikan, ia haruslah
dinyatakan dengan jelas seperti bila, siapa, dimana, dengan siapa, dan
bagaimana masalah terjadi.
7.2 Mendapatkan sejarah perkembangan
Ia sangat berguna untuk kedua-dua pihak sma ada
kaunselor ataupun klien bagi mengetahui punca dan bagaimana ia cuba diatasi
sebelum ini.
7.3 Mengukuhkan
matlamat yang spesifik
Kaunselor akan membantu klien untuk menetapkan matlamat-matlamat
jangka pendek dan kaunselor perlu menetapkan pengalaman pembelajaran untuk
klien membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
7.4 Menentukan kaedah
yang sesuai untuk berubah
Selalunya beberapa kaedah tingkah laku boleh mebantu klien untuk
mencapai matlamat. Sekiranya tidak, satu kaedah itu akan diubah suai untuk
dilihat keberkesanannya.
8.0
Tatacara Terapi Tingkah Laku (Proses dan Teknik)
Proses kaunseling merupakan salah satu proses
pembelajaran yang mana kedua-dua pihak klien dan kauselor harus mengakui dan
membenarkan proses atau situasi tersebut berlaku. Sebarang perubahan tingkah
laku yang diperolehi melalui proses kauseling sebenarnya mempunyai hukum
pembelajaran sama yang diaplikasikan walaupun bukan melalui proses kauseling. Wolpe
(1958) menekankan yang kaunselor perlu menerima, memahami klien dan berkomunikasi
dengannya serta tidak membuat andaian awal terhadap klien.
Kaunselor juga mestilah mempamerkan
satu hubungan mesra dan empati serta menganggap setiap individu adalah baik.
Dengan penerimaan tanpa syarat terdapat klien, adalah tidak mustahil untuk
kaunselor mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh klien sekaligus meningkatkan
kerjasama dan nilai yang sepatutnya perlu ada dalam diri klien bagi mengatasi
kesukaran dan ermasalahan tersebut.
Beberapa teknik telah diperkenalkan
oleh Terapi Tingkah Laku. Antaranya ialah :
8.1 Systematic desensitization (Pelupusan)
Salah
satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan kepada
klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan, individu atau
objek yang disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.
Pendekatan asas yang diberikan
kepada klien ialah relaksasi, iaitu langkah pertama. Relaksasi perlu diajar
kepada klien untuk bertindak balas terhadap kebimbangan tadi.
Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan
meneroka peristiwa yang menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut
tahap kebimbangan.
Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien
dikehendaki berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan
dalam keadaan tenang. Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan
beransur-ansur supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketaakutan atau
kebimbangan tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.
8.2 Imaginal flooding
Tidak
seperti systematic desensitization,
teknik imaginal flooding bukan dilakukan secara beransur-ansur. Klien didedahkan
dengan imej mental berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut
sehingga ketakutan atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan yang
sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu
bayangkan didalam minda.
8.3 In Vivo
Teknik
ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang digunakan untuk meransang
ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua teknik diawal tadi
iaitu systematic desensitization dan imaginal flooding. Dalam pendekatan ini
klien juga mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan berusaha
mengubah ketakutan dalam bentuk imej kepada situasi yang sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yng
dialami.
8.4 Modeling
Modeling
adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah
laku orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini terdapat
lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan
kebimbangan dan akhir sekali menawarka. Jadi proses modeling boleh berlaku
berdasarkan lima fungsi asas tadi dan dikombinasikan unuk membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic, participant dan
covert modeling.
8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah
Laku Kognitif)
Teknik
ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah
self-instructional dan
inokulasi tekanan. Self-instructional
merupakan satu pendekatan untuk pengurusan kendiri yang diperkenalkan Donald
Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu cara untuk individu mengajar diri
mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan secara berkesan. Manakala dalam
inklusi tekanan pula, klien disuntik atau dicampakkan dengan ransangan dan
diberi sedikit tekanan sistem biological individu. Dengan itu individuatau
klien akan berjaya mengatasi ketakutanmereka yang mana tekanan tersebut dapat
kepercayaan atau cara pemikiran.
8.6 Perancangan
persekitaran
Prosedur
melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa
tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan
sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. Begitu juga
dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi. Klien
mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.
8.7 Relaxation Training
Latihan
yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien belajar asas
relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini memerlukan
masa dari 4 jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk menenangkan
diri mereka. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi. Klien akan diajar
untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada
perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress
dan kerisauan.
Some other ailments for
which relaxation training is helpful include asthma, headache, hypertension,
insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder
8.8 Latihan Assertif
Latihan
asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang
dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan, iaitu melibatkan
percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi, Klien cuba
melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan
perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor menggunakan prinsip-prinsip
peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas
tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan
gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling. Latihan ini sesuai untuk
klien yang : Sukar melepaskan perasaan marah, Sukar mengatakan ‘TIDAK’,
merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain, bias kepada sosial.
Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku
assertif dalam situasi tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan
mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.
8.9 Implosion dan Flooding
Membuat
klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta
mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu,
teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.
8.10 Token Ekonomi
Satu
prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk
tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai
peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan:
Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini
memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta bantuan
rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat
ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan, Mematuhi
prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten
9.0 Peranan Kaunselor
dan Klien
9.1 Peranan
kaunselor
Kauselor
akan memberi perhatian tehadap proses tingkah laku di mana proses ini dilihat
sebgai tingkah laku yang nyata. Kaunselor yang mengambil pendekatan untuk
membantu kien mempelajari sesuatu yang baru, membuat penyesuaian terhadap
tindakan, mengubah suai atau menyingkirkan satu tingkah laku yang melampau atau
tidak wajar serta menggantikan ingkah laku yang adaptif dengan maladaptive.
Secara umumnya, adalah bergantung kepada kauselor sama ada akan menjalankan sesi
secara aktif dan menyediakan pembelajaran yang tertentu. Dalam proses sebegini
kaunselor berperanan sebagai perundingcara, guru, penasihat, peransang dan
fasilitator.
Proses kaunseling dalam Terapi
Tingkah Laku ini memerlukan kerjasama yang erat antara klien dan kaunselor.
Kaunselor mesti memahami diri klien dan mempunyai kepercayaan klien boleh
berubah perlakuannya. Perkara yang penting adalah kehendak klien yang mahukan perubahan tingkah
laku.
9.2 Peranan Klien
Klien
berperanan aktif dalam terapi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
kaunselor diantara sesi kaunseling. Klien dapat merasai pengalaman melakukan
aktiviti semasa sesi kaunseling berlansung dan dibantu oleh kaunselor untuk
mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian.
11.0
Penutup
Terapi tingkah laku
merupakan satu teori, teknik atau kaedah sistematik yang digunakan oleh ahli
terapi dalam mengkaji dan meniliti bagaimana satu tingkah laku itu dapat
dipelajari. Dalam mengubah atau menyesuaikan tingkah laku yang tidak patut
kepada tingkah laku yang sesuai dan sepatutnya, terapi ini mempunyai falsafah
dan pendekatan tersendiri yang telah berjaya meenjadikanya satu langkah yang
berkesan.
Terapi Tingkahh Laku merupakan satu pendekata klinikal
yang digunakan dalam melihat kepelbagaian terhadap gangguan-gangguan dalam
pelbagai keadaan.
12.0
Rujukan
12.1 Buku
·
Sapora Sipon &
Ruhaya Hussin. (2008). Teori Kaunseling
dan Psikoterapi. Nilai, Negeri Sembilan.
12.2 Internet
best...
ReplyDeletehai zera..nk berkenalan boleh?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHai,waalaikumusalam, nak bekenalan apa ye? Hahah 😂-zera
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete