Friday 13 February 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Tajuk : Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Penulis : Siti Hazirah (Zera)
Tarikh : 14/Feb/2014 (Sabtu)

Assalamualaikum..
Inna Lillah Wa Inna Lillahi Raji'un..
Pergi seorang sang Murabbi, tokoh agama, ulama, ahlipoliti yang sangat disanjung tinggi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada 12 febuari 2014 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H jam 9.45 malam jatuh pada hari Khamis malam Jumaat.. Allahu..
Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jum’at atau malam Jum’at  kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”  
(HR. Ahmad dan At-Tirmidzi) 

Bila saya melihat di media-media sosial yang banyak megeluarkan tentang Hamba Allah yang Zuhud ini hati saya turut sebak, Allah pemudahkan segala urusan mengurus kn jenazah beliau. beratus ribu manusia berpusu-pusu ingin memegang jenazah beliau Allahu :'(.. Saya turut rasa kehilangan.  Banyak yang saya dengar mengenai sejarah beliau dan ia cukup buat saya rasa hormat pada beliau. seorang menteri yang sangat berjasa pada pada rakyat sangat menjaga harta rakyat seorang menteri yang diiktiraf menteri Paling Bersih dari segi rasuah duit dan sebagainya.. Hebat bukan? atau perlu saya bagi contoh? ok baik la beliau pernah ditemuduga oleh sebuah syarikat majalah ketika beliau sedang menulis seorang wartawan pun meminta beliau menekak sikit pen supaya dakwatnya lebih jelas dan mudah dibaca tp jawapan beliau "pen ini kepuyaan rakyat saya tidak boleh membazir, diakhirat nanti dakwat ini pun dihintung" Subahanallah.. cukup ini saya jadikan sebagai bukti? 
sakitnya hilang beliau bagaimana pula ketika para sahabat kehilangan Rasullulah?





Wallahu'alam..
Maaf andai ada tersalah atau terkasar bahasa..
kalau salah tolong betulkan dan tegur secara beradab..
Terima Kasih.





Friday 11 July 2014

Kematian lamaran ALLAH..

Tajuk : Kematian lamaran ALLAH
Tajuk Asal : Aku sudah bertunang
Penulis : Raja Hazreen ( arwah akak sepupu)
Tarikh : 11 MEI 2014 (4.12 PM) - (Sebelum Arwah sakit)


Bismillahirahmanirrahim... ini kisah benar..

CERPEN INI DITULIS SEBELUM ARWAH SAKIT LAGI, ARWAH MENINGGAL PADA 26 JANUARI 2014 (AHAD) JAM 1.30 PAGI AKIBAT PENYAKIT BARAH YANG MENJALAR DITUBUHNYA..  RINDUNYA AKU PADA KAU WAHAI SEPUPU, UNTUNGNYA KAU KERANA KAU TAHU AJAL AKAN MENJEMPUT MU..

BACALAH WAHAI RAKAN IA MENGINGATKAN KITA MENGENAI KEMATIAN..
SEMOGA ROH ARWAH TENANG DAN DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

_________________________________________________________________________________

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yg memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat tgn ku memakai cincin di jari manis dan status relationship aku di facebook telah btukar 'engaged'. aku hanya tersenyum, tdk mengiyakan dan tidak pula menidakkan. diam ku bkn membuka pintu-pintu soalan yg maha banyak, ttp diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. sehingga kini, aku ttp setia dlm penantian.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. helaian demi helaian naskhah yg begitu menyentuh sanubari aku sbg hamba Allah. sukar sekali utk aku ungkapkan perasaan yg bersarang, mahu saja aku menangis semahunya, namun aku sudah berikrar, biarlah Allah s.w.t yg menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut.

sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-quran. aku mahu sebelum tibanya hari yg aku nantikan itu, aku sudah khatam al-quran, setidaknya-tidaknya nanti hatiku akan tenang. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik prnikahan tersebut, begini rasanya org-org yg mendahului.

"eryn, siapa tunang eryn? org mana? diam2 je.. xbagitaw nad pun.."

aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yg singgah. maaf, aku  masih mahu merahsiakan ttg perkara itu. cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang. kebenarannya itu antara aku dan Allah s.w.t.

apa yg mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. mereka mengandaikan aku sedang berbahagia apabila sudah dikhibahkan dgn 'dia' yg mendekatkan aku dgn Allah.

"bila awk menikah?"

aku tiada jwpn khusus.

"insya Allah, tiba waktunya nanti awk akan tahu.." aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bkn aku sengaja ttp mmg benar aku sendiri tdk tahu bila tarikhnya.

"jemput sy tau!" danial tersenyum.

"kalau awk x dtg pun, sy x berkecil hati, doakan sy banyak-banyak!" itu sahaja pesanku. aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya mjadi tanda tanya sendiri. diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"insya Allah, kalian pasti akan tahu bila sampai waktunya nanti.."

rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut spt org lain.

 ________________________________________________________________________________


" eryn, jom kita pergi lunch?"

aku tersenyum lagi.. akhir-akhir ini aku begitu pemurah dgn senyuman

"maaf, eryn puasa."

ieza juga semakin galak mengusik.

"wah, nak berdiet la tue. maklumlah, hari bahagia dah dekat... tarikhnya x ttp lg ke?"

"bkn diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi"

maafkan aku sahabat.aku juga menanti dgn penuh debaran. moga aku bersedia utk hari pernikahan dan mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. doakan aku, itu sahaja.

_________________________________________________________________________________

" Ya Allah, telah engkau tunangkan aku tidak lain dgn 'dia' yg mendekatkan dgn engkau. yang menyedarkan aku utk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku ttg dunia sementara, yang menyedarkan aku ttg alam akhirat. engkau satukan kami dalam majlis yg engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain engkau sbg sandaran harapan. engkau maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui."

dalam sedar tidak sedar....

"innalillahi wainna ilaihi rajiun...."

Akhirnya aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlias walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya mereka tahu siapa yg mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya mereka tahu kenapa aku merahsiakan dari umum. Dan akhirnya juga, mereka sama-sama mengambil ikhtibar dari ‘pertunangan’ aku...

Sahabatku....

“aku memang sudah bertunang.. cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri aku kepada Allah. Aku selalu puasa untuk mengosongkan perut agar jika izin dari-Nya, jenazah aku mudah dimandikan.”

_________________________________________________________________________________

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat aku memakai cincin. Kerana aku sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila aku akan dinikahkan. Tetapi sekurang-kurangnya, apabila sudah dirisik dan bertunang, kita akan sama-sama mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disbanding dan diarak keliling kampung walaupun hanya dengan sehelai kain putih.

Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA

________________________________________________________________________________

ARWAH SANGAT TABAH DAN KUAT DALAM MENGHARUNGI UJIAN DARINYA.. KUAT UNTUK BERTARUNG DENGAN PENYAKIT BARAHNYA DI USIA YANG MASIH MUDA.

# RINDU PADA ARWAH #

Thursday 10 July 2014

PRAY for GAZA

Tajuk : PRAY for GAZA
Penuis : SITI HAZIRAH (ZERA)
Tarikh : 10 JULAI 2014 (12 RAMADAN)

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!!

YA ALLAH!!! ANDAI AKU DI TEMPAT MEREKA TERTANGUNGKAH AKU DENGAN PENDERITAAN YANG DI ALAMI MEREKA SEKARANG? KUATKAH AKU? TABAHKAH AKU? HEBATKAH AKU? LAYAKKAH AKU? UNTUK MENERIMA UJIAN SEPERTI INI.. BERAT DAN SEBAK YANG TAK TERTANGUNG MELIHAT MEREKA  APA TAH LAGI MEREKA YANG MELALUINYA YANG MEMPERJUANGKAN DEMI AGAMA MU.. YA ALLAH AKU MINTA PADAMU YA ALLAH KURANGKAN LA PENDERITAAN MEREKA YA ALLAH.. HANYA PADA MU YA ALLAH AKU MEMINTA.. TIDAK SANGGUP LAGI AKU MELIHAT PENDERITAAN MEREKA.. TIDAK KIRA TUA, MUDA, KANAK-KANAK MAHUPUN BAYI YANG MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MEREKA..

KAU TAHU YA ALLAH APA YANGG TERBAIK UNTUK HAMBA MU INI, TETAPI AKU TETAP MEMOHON, MERAYU PADA MU KURANGKAN PENDERITAAN MEREKA, KUATKAN HATI MEREKA, TABAHKAN HATI MEREKA UNTUK TANGGUNG DAN HADAPI SEMUA INI..

SEBAK HATI INI
SEDIH JIWA INI..
MERONTA BATIN INI..

MELIHAT MEREKA YANG BERTARUNG TUA MUDA KANAK-KANAK BAYI SEMUANYA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MEREKA.. ANDAI NYAWA DAN JASAD AKU BOLEH DIJADIKAN GALANG GANTI KANAK-KANAK DAN BAYI YANG TIDAK BERDOSA ITU SILA LAH AMBIL AKU.. TIDAK SANGGUP AKU MELIHAT PEDERITAAN MEREKA..

WAHAI RAKYAT MALAYSIA..
WAHAI RAKAN SEISLAM KU..

JADIKANLAH PERKARA INI SEBAGAI SATU IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA.. BERDOALAH DAN TERUS BERDOA UNTUK MEREKA HANYA ITU YANG KITA MAMPU SESUNGUHNYA DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG ISLAM.. ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA..

WAHAI RAKYAT GAZA..

ALLAH SENTIASA DI SISI MU..
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK MU..
SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA..
KUAT LAH, TABAH LA.. BERDOA LAH.. KEPADANYA..
JIHADLAH UNTUK AGAMA MU
INSYA ALLAH SYURGA  DAN SYAHID UNTUK MU..

AMIN YA RABB.. :'(



# PRAY FOR GAZA #


Wednesday 30 April 2014

Aku Bebas Seperti Burung..

Tajuk : Aku Bebas Seperti Burung.
Penulis : Siti Hazirah (Zera Ishak)
Tarikh : 1/mei/2014

Assalamualaikum.. ini bukan novel ataupun cerpen in\ni hanya cerita mengenai diriku.. mungkin ceirta ini sama dengan orang lain dan mungkin cerita ini juga kau,kamu,anda dan kami.. aku tak tahu, aku hanya meulis apa yang terlitas dikepalaku.. ganjil rasa jari-jemari kecil ku ini kerana sudah lama aku tidak bercerita dan menaip diruangan ini..

Allhamdulliilah.. hari ni genap 2 ari dua hari aku meninggalkan kolej yang penuh ranjau berduri.. kenapa aku kata ia penuh ranjau berduri?? hanya aku yang tahu apa yang penting sekarang aku bebas seperti burung setelah menamatkan sesi pembelajaran disana. 

Kolej yang banyak mengajar aku erti kesabaran. pada tahun pertama pembelajaran ku ia serba indah, serba serbi mudah tapi dari tahun ketahun semua itu hilang dalam sekelip mata..tiada lagi keriuhan pelajar yg ramai.. tiada lagi perebutan pengangkutan.. tiada lagi cafe yang penuh.. tiada lagi program-program yg seronok.. tiada lagi pensyarah yang ramai.. aku rindu saat kali pertama aku menjejakkn kaki kesana.. andai waktu boleh diundur aku akan cari siapa punca semua ini.. penca hilang kemanisan disini..

Tahun terakhir zaman kegelapan.. pada tahun akhir semester 7 mempunyai 3 mata pelajaran semester pendek 8 minggu pembelajaran 8 minggu latihan industri. pada sesi pembelajaran pada asalnya aku belajar selama 8 minggu jadi 3 minggu itu la dinamakan zaman kegelapan.. 3 minggu aku belajar 2 mata pelajar dalam 3 minggu tu juga aku kena siapkan asignment dan presentation, dalam 3 minggu tu juga aku test, kuiz, tutorial dan sebagainya.. pelikkan kenapa 3 minggu tu 2 mata pelajaran? mana lagi satu mata pelajaran? meh sini aku nak cerita satu lagu mata pelajaran ada tapi aku tak belajar sebab tiada pensyarah yg boleh mngantikan pensyrah yang bercuti.. tapi.. kami jawab final exam mata pelajaran yg x belajar ni.. gempak tak? hummm carrymark macam mana? ntah la aku pun tak tahu sebab mata pelajaran ni aku x buat pun test ke kuiz ke.. tapi kami buat asignment.. asignment pun last minit esok nak final hari ni baru dapat itu pun kitorg pikir tajuk asignment sendiri dan mina kebenaran pensyarah yg bercuti (pakai fon je tau sms).. tapi alhamdullilah lah pensyrah yg bercuti tu bagi aku tips final mata pelajaran yg x belajar tu..

Tapi apa2 pun itu perkara yang lepas.. allah sengaja pilih aku dan classmate untuk hadapi ujian ini.. danyang penting sekali aku dah habis belajar dan aku bebas seperti burung tiadda lagi tekanan di kepala buat sementara wakttu ni..

# JaRi KeCiL MeNaiP #

Saturday 15 March 2014

pemintaan wechaterss..

haa.. rasanya dah ramai ada wechat kn.. termasuk la zera sendiri..zera pun sealu update moment apa yg zera masak hari ni.. di sebab kn itu lah.. ada friends wechat zera ni suruh zera buat blog dan tulis resepi yg zera masak.. so macam mana pembaca semua ok tak kalau zera post kn resepi ?

Tuesday 9 July 2013

peminta sedekah..

hai Assalamualaikum.. esok akn bermula la satu ramadan.. emm.. td zera ade nampak seorng mak cik ni meminta sedekah.. zera bagi la sikit.. tapi zera terfikir makcik tu masih mampu berkerja kenapa dia meminta sedekah? tapi x pe la mungkin ade sejarah dia yg kita tak tau.. klu kita menyumbang sedikit pun sekurang2nya dapat menampung beban dia kan?



hah ade satu kes penipuan orang peminta sedekah ni.. depan mata zera sendiri kononnya kaki dia kudung zera baru lepas bg dia sedikit sumbangan.. tiba2 ade penguat kuasa ini marah dia dan meminta dia banggun. pada mulanya peminta sedekah tu tak nak bangun selepas disuruh beberapa kali akhirnya dia bangun.. and tahu tak dia mempunyai dua pasang kaki yang cukup sempurna.. ya allah pada ketika itu zera rasa nak basuh je dia.. tapi  mcm biasa mungkin ade sebab dia buat begitukn.. tapi jangan la begitu ye.. tahu tak kenapa? sebab bila awak meminta sedekah dalam keadaan menipu dan ade orang perasan. dan bila ade peminta sedekah yg jujur awk rse orang yg memberi sedekah tu akn bagi tak sedekah kat peminta sedekah yg jujur tu ? kemungkinan besar tak sebab mungkin pemberi sedekah tu tak akan mempercayai peminta sedekah itu oleh kerana dia pernah tertipu.. see?  kerana peminta sedekah yg lain menipu, peminta sedekah yg jujur juga tidak dapat mencari sesuap nasi.. humm.. itu saja kot untuk hari ni..

# kalau kita ade rezeki lebih berilah sedikit kepada mereka yg memerlukan insyallah rezeki kita tidak berkurang malah makin bertambah.. peace :)

Sunday 30 June 2013

TEORI TINGKAHLAKU BF SKINNER (TEORI-TEORI KAUNSELING)

1.0  Pengenalan
Terapi Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap tingkah laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kehidupan seharian (kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk membantu individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan seharian mereka.
Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini tidak  seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain seperti psikoanalisis  yang memberi penekanan terhadap falsafah.
Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Sechonov Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti serta Bandura yang menggunakan  Teori Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan pengaruh sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah memperkembangkan lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini semakin berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu di dunia.

2.0 Tokoh Teori Tingkahlaku.


2.1 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi penekanan dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak.
Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai “bohemian”.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.
Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia.
Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan  dan beliau kemudiannya dapat membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan menggunakan burung merpati sebagai subjek eksperimen.



3.0 Konsep Utama Terapi Tingkah Laku
3.1 Pelaziman klasik

Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di dalam kajian ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya boleh mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di dalam persekitaran yang disediakan.

Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing tersebut akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan. Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi respon. Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di mana setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan makanan. Prosedur ini telah diulang beberapa kali untuk memberikan satu proses pembelajaran.

3.2 Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik.
Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung. Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan.
Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

3.3 Teori Kognitif Sosial
Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.

3.4 Personaliti
Anggapan asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah laku individu itu adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut Lockian, manusia secara semula jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak mempunyai sifat yang baim atau pun buruk.
Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam proses ini corak tingkah laku dan personaliti seseorang akan terbina.

3.5 Peneguhan
Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus memberikan kesan yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku tersebut akan meningkat dan berulang apabila  diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut berulang apabila menerima peneguhan yang negatif.
Sebagai contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud tingkah laku menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna wujudnya peneguhan positif.

3.6 Penghapusan
Penghapusan merupakan satu proses yang tidak wujudnya peneguhan. Situasi ini akan menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan.
Sebagai contoh, seorang ibu akan membiarkan anaknya merengek. Konsep ini mendapati anak tersebut akan berhenti berbuat sedemikian kerana terasa diabai. Namun tidak semua situasi adalah bersesuaian dengaan konsep ini kerana sesetengah situasi akan mengundang bahaya seperti mengabaikan anak yang aktif bermain.

3.7 Membuat kesimpulan
Apabila satu tingkah laku diberi peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya kesimpulan ke atas tingkah laku lain dengan menggunakan rangsangan yang sama.

3.8 Perbezaan
Keupayaan untuk bertindak balas tehadap situasi yang berbeza bergantung epada ransangan atau keadaan yang disifatkan penting oleh individu.
Misalnya pemandu yang bias membezakan  warna lampu isyarat iaitu lampu bewarna hijau menandakan ‘jalan’ manakala lampu berwarna merah menandakan ‘berhenti’

3.9 Pembentukan
Apabila terapis membentuk tingkah laku klien, peneguhan, penghapusan, membuat kesimpulan dan perbezaan akan wujud bersama. Dalam membentuk tingkah laku, akan berlaku perubahan atau pergerakan secara beransur-ansur daripada tingkah laku asal      kepada tingkah laku yang diberi peneguhan.

3.10 Pembelajaran melalui Pemerhatian
Dalam proses pembelajaran sesuatu tingkah laku, deria adalah komponan penting yang turut berperanan. Bandura mempercayai bahawa kebanyakan proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan modeling daripada orang lain.

4.0 Ciri-ciri Terapi Tingkah Laku
Pemusatan perhatian pada tingkah laku yang tampak dan spesifik, kecermatan dan penguraian tujuan-tujuan terapi, perumusan prosedur terapi yang khusus yang sesuai dengan masalah, penilaian objektif atau hasil-hasil terapi. 
5.0 Pandangan Terapi Tingkahlaku Terhadap Manusia
Tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia, bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata, mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri.

6.0 Tingkahlaku Semulajadi Manusia
Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi manusia.

6.1 Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan
Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkah laku Genetik dari lahir (Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.

6.2 Perbezaan Individu

Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan  peransang kemajuan peradaban.

 6.3 Perkembangan Potensi

Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda, begitu juga dari segi kapasitinya.

6.4 Merakam Memori dan Masa

Manusia ialah satu-satunya organism hidup yang mampu menangkap dan merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa hadapan.

6.5 Komunikasi dan Perincian

Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.

6.6 Memanipulasi dan Dimanipulasi

Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini menyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkah laku manusia.

6.7 Pena'akulan dan Akal

Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.

7.0 Matlamat Terapi Tingkah Laku

Dalam teori ini matlamat perlu dijelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan secara spesifik sebagai perkara yang dapat dilakukan oleh klien selepas melalui proses kauseling. Kehendak klien juga dapat membantu kaunselor menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai bagi menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai bagi mengubah secara spesifik tingkah laku klien. Kaunselor dan klien akan menentukan apakah tingkah laku yang baik dan tingkah laku tidak baik dan wajar menegakkan tingkah laku bersopan serta menghindar tingkah laku kurang sopan berdasarkan budaya masyarakat.
Dalam proses pembelajaran mengikut pendekatan Terapi Tingkah Laku ini, pembelajaran lampau adalah berkait dengan keadaan yang serupa dan pernah dialami oleh klien. Pengalaman dan juga ransangan serta tindak balas memainkan peranan penting dalam pembelajara. Selanjutnya tingkah laku  yang terhasil juga di pengaruhi oleh motivasi semas serta kesannya terhadap kepekaan alam sekeliling. Oleh yang demikian cara dan teknik digunakan wajar disesuaikan mengikut keadaan klien.
Selain itu perubahan, pengubahsuaian dan peyingkiran tingkah laku diberi focus. Setiap matlamat dalam terapi perlu ditetapkan bersama oleh oleh kedua-dua pihak iaitu kauselor dan klien. Dalam mencapai matlamat tersebut terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti agar matlamat yang ingin dicapai dapat mengubah tingkah laku klien seperti yang dikehendaki. Antara langkah-langkah yang disarankan ialah :
7.1 Mendefinisikan masalah
Sekiranya masalah tersebut adalah untuk diselesaikan, ia haruslah dinyatakan dengan jelas seperti bila, siapa, dimana, dengan siapa, dan bagaimana masalah terjadi.

7.2 Mendapatkan sejarah perkembangan

Ia sangat berguna untuk kedua-dua pihak sma ada kaunselor ataupun klien bagi mengetahui punca dan bagaimana ia cuba diatasi sebelum ini.
7.3 Mengukuhkan matlamat yang spesifik
Kaunselor akan membantu klien untuk menetapkan matlamat-matlamat jangka pendek dan kaunselor perlu menetapkan pengalaman pembelajaran untuk klien membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan.

 7.4 Menentukan kaedah yang sesuai untuk berubah
Selalunya beberapa kaedah tingkah laku boleh mebantu klien untuk mencapai matlamat. Sekiranya tidak, satu kaedah itu akan diubah suai untuk dilihat keberkesanannya.
8.0 Tatacara Terapi Tingkah Laku (Proses dan Teknik)
Proses kaunseling merupakan salah satu proses pembelajaran yang mana kedua-dua pihak klien dan kauselor harus mengakui dan membenarkan proses atau situasi tersebut berlaku. Sebarang perubahan tingkah laku yang diperolehi melalui proses kauseling sebenarnya mempunyai hukum pembelajaran sama yang diaplikasikan walaupun bukan melalui proses kauseling. Wolpe (1958) menekankan yang kaunselor perlu menerima, memahami klien dan berkomunikasi dengannya serta tidak membuat andaian awal terhadap klien.
Kaunselor juga mestilah mempamerkan satu hubungan mesra dan empati serta menganggap setiap individu adalah baik. Dengan penerimaan tanpa syarat terdapat klien, adalah tidak mustahil untuk kaunselor mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh klien sekaligus meningkatkan kerjasama dan nilai yang sepatutnya perlu ada dalam diri klien bagi mengatasi kesukaran dan ermasalahan tersebut.
            Beberapa teknik telah diperkenalkan oleh Terapi Tingkah Laku. Antaranya ialah :

8.1 Systematic desensitization (Pelupusan)

Salah satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan kepada klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan, individu atau objek yang disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.
            Pendekatan asas yang diberikan kepada klien ialah relaksasi, iaitu langkah pertama. Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas terhadap kebimbangan tadi.
            Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan meneroka peristiwa yang menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut tahap kebimbangan.
            Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien dikehendaki berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam keadaan tenang. Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketaakutan atau kebimbangan tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.

8.2 Imaginal flooding

Tidak seperti systematic desensitization, teknik imaginal flooding bukan dilakukan secara beransur-ansur. Klien didedahkan dengan imej mental berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga ketakutan atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi sedikit. Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan yang sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu bayangkan didalam minda.

8.3 In Vivo

Teknik ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang digunakan untuk meransang ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua teknik diawal tadi iaitu systematic desensitization dan imaginal flooding. Dalam pendekatan ini klien juga mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan berusaha mengubah ketakutan dalam bentuk imej kepada situasi yang sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yng dialami.

8.4 Modeling

Modeling adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah laku orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini terdapat lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan kebimbangan dan akhir sekali menawarka. Jadi proses modeling boleh berlaku berdasarkan lima fungsi asas tadi dan dikombinasikan unuk membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic, participant dan covert modeling.

8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)

Teknik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah  self-instructional dan inokulasi tekanan. Self-instructional merupakan satu pendekatan untuk pengurusan kendiri yang diperkenalkan Donald Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu cara untuk individu mengajar diri mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan secara berkesan. Manakala dalam inklusi tekanan pula, klien disuntik atau dicampakkan dengan ransangan dan diberi sedikit tekanan sistem biological individu. Dengan itu individuatau klien akan berjaya mengatasi ketakutanmereka yang mana tekanan tersebut dapat kepercayaan atau cara pemikiran.

8.6 Perancangan persekitaran

Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

8.7 Relaxation Training

Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada  perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan.
Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma, headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

8.8 Latihan Assertif

Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan, iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi, Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling. Latihan ini sesuai untuk klien yang : Sukar melepaskan perasaan marah, Sukar mengatakan ‘TIDAK’, merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain, bias kepada sosial. Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.

8.9 Implosion dan Flooding

Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu, teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

8.10 Token Ekonomi

Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan, Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten

9.0 Peranan Kaunselor dan Klien

9.1 Peranan kaunselor

Kauselor akan memberi perhatian tehadap proses tingkah laku di mana proses ini dilihat sebgai tingkah laku yang nyata. Kaunselor yang mengambil pendekatan untuk membantu kien mempelajari sesuatu yang baru, membuat penyesuaian terhadap tindakan, mengubah suai atau menyingkirkan satu tingkah laku yang melampau atau tidak wajar serta menggantikan ingkah laku yang adaptif dengan maladaptive. Secara umumnya, adalah bergantung kepada kauselor sama ada akan menjalankan sesi secara aktif dan menyediakan pembelajaran yang tertentu. Dalam proses sebegini kaunselor berperanan sebagai perundingcara, guru, penasihat, peransang dan fasilitator.
            Proses kaunseling dalam Terapi Tingkah Laku ini memerlukan kerjasama yang erat antara klien dan kaunselor. Kaunselor mesti memahami diri klien dan mempunyai kepercayaan klien boleh berubah perlakuannya. Perkara yang penting adalah  kehendak klien yang mahukan perubahan tingkah laku.

9.2 Peranan Klien
Klien berperanan aktif dalam terapi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh kaunselor diantara sesi kaunseling. Klien dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti semasa sesi kaunseling berlansung dan dibantu oleh kaunselor untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian.

11.0 Penutup
 Terapi tingkah laku merupakan satu teori, teknik atau kaedah sistematik yang digunakan oleh ahli terapi dalam mengkaji dan meniliti bagaimana satu tingkah laku itu dapat dipelajari. Dalam mengubah atau menyesuaikan tingkah laku yang tidak patut kepada tingkah laku yang sesuai dan sepatutnya, terapi ini mempunyai falsafah dan pendekatan tersendiri yang telah berjaya meenjadikanya satu langkah yang berkesan.
           
            Terapi Tingkahh Laku merupakan satu pendekata klinikal yang digunakan dalam melihat kepelbagaian terhadap gangguan-gangguan dalam pelbagai keadaan.


 12.0 Rujukan
            12.1 Buku
·         Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai, Negeri Sembilan.
            12.2 Internet