Sunday, 30 June 2013

TEORI TINGKAHLAKU BF SKINNER (TEORI-TEORI KAUNSELING)

1.0  Pengenalan
Terapi Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap tingkah laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kehidupan seharian (kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk membantu individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan seharian mereka.
Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini tidak  seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain seperti psikoanalisis  yang memberi penekanan terhadap falsafah.
Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Sechonov Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti serta Bandura yang menggunakan  Teori Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan pengaruh sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah memperkembangkan lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini semakin berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu di dunia.

2.0 Tokoh Teori Tingkahlaku.


2.1 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi penekanan dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak.
Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai “bohemian”.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.
Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia.
Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan  dan beliau kemudiannya dapat membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan menggunakan burung merpati sebagai subjek eksperimen.



3.0 Konsep Utama Terapi Tingkah Laku
3.1 Pelaziman klasik

Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di dalam kajian ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya boleh mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di dalam persekitaran yang disediakan.

Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing tersebut akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan. Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi respon. Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di mana setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan makanan. Prosedur ini telah diulang beberapa kali untuk memberikan satu proses pembelajaran.

3.2 Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik.
Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung. Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan.
Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

3.3 Teori Kognitif Sosial
Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.

3.4 Personaliti
Anggapan asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah laku individu itu adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut Lockian, manusia secara semula jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak mempunyai sifat yang baim atau pun buruk.
Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam proses ini corak tingkah laku dan personaliti seseorang akan terbina.

3.5 Peneguhan
Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus memberikan kesan yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku tersebut akan meningkat dan berulang apabila  diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut berulang apabila menerima peneguhan yang negatif.
Sebagai contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud tingkah laku menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna wujudnya peneguhan positif.

3.6 Penghapusan
Penghapusan merupakan satu proses yang tidak wujudnya peneguhan. Situasi ini akan menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan.
Sebagai contoh, seorang ibu akan membiarkan anaknya merengek. Konsep ini mendapati anak tersebut akan berhenti berbuat sedemikian kerana terasa diabai. Namun tidak semua situasi adalah bersesuaian dengaan konsep ini kerana sesetengah situasi akan mengundang bahaya seperti mengabaikan anak yang aktif bermain.

3.7 Membuat kesimpulan
Apabila satu tingkah laku diberi peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya kesimpulan ke atas tingkah laku lain dengan menggunakan rangsangan yang sama.

3.8 Perbezaan
Keupayaan untuk bertindak balas tehadap situasi yang berbeza bergantung epada ransangan atau keadaan yang disifatkan penting oleh individu.
Misalnya pemandu yang bias membezakan  warna lampu isyarat iaitu lampu bewarna hijau menandakan ‘jalan’ manakala lampu berwarna merah menandakan ‘berhenti’

3.9 Pembentukan
Apabila terapis membentuk tingkah laku klien, peneguhan, penghapusan, membuat kesimpulan dan perbezaan akan wujud bersama. Dalam membentuk tingkah laku, akan berlaku perubahan atau pergerakan secara beransur-ansur daripada tingkah laku asal      kepada tingkah laku yang diberi peneguhan.

3.10 Pembelajaran melalui Pemerhatian
Dalam proses pembelajaran sesuatu tingkah laku, deria adalah komponan penting yang turut berperanan. Bandura mempercayai bahawa kebanyakan proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan modeling daripada orang lain.

4.0 Ciri-ciri Terapi Tingkah Laku
Pemusatan perhatian pada tingkah laku yang tampak dan spesifik, kecermatan dan penguraian tujuan-tujuan terapi, perumusan prosedur terapi yang khusus yang sesuai dengan masalah, penilaian objektif atau hasil-hasil terapi. 
5.0 Pandangan Terapi Tingkahlaku Terhadap Manusia
Tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia, bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata, mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri.

6.0 Tingkahlaku Semulajadi Manusia
Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi manusia.

6.1 Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan
Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkah laku Genetik dari lahir (Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.

6.2 Perbezaan Individu

Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan  peransang kemajuan peradaban.

 6.3 Perkembangan Potensi

Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda, begitu juga dari segi kapasitinya.

6.4 Merakam Memori dan Masa

Manusia ialah satu-satunya organism hidup yang mampu menangkap dan merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa hadapan.

6.5 Komunikasi dan Perincian

Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.

6.6 Memanipulasi dan Dimanipulasi

Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini menyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkah laku manusia.

6.7 Pena'akulan dan Akal

Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.

7.0 Matlamat Terapi Tingkah Laku

Dalam teori ini matlamat perlu dijelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan secara spesifik sebagai perkara yang dapat dilakukan oleh klien selepas melalui proses kauseling. Kehendak klien juga dapat membantu kaunselor menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai bagi menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai bagi mengubah secara spesifik tingkah laku klien. Kaunselor dan klien akan menentukan apakah tingkah laku yang baik dan tingkah laku tidak baik dan wajar menegakkan tingkah laku bersopan serta menghindar tingkah laku kurang sopan berdasarkan budaya masyarakat.
Dalam proses pembelajaran mengikut pendekatan Terapi Tingkah Laku ini, pembelajaran lampau adalah berkait dengan keadaan yang serupa dan pernah dialami oleh klien. Pengalaman dan juga ransangan serta tindak balas memainkan peranan penting dalam pembelajara. Selanjutnya tingkah laku  yang terhasil juga di pengaruhi oleh motivasi semas serta kesannya terhadap kepekaan alam sekeliling. Oleh yang demikian cara dan teknik digunakan wajar disesuaikan mengikut keadaan klien.
Selain itu perubahan, pengubahsuaian dan peyingkiran tingkah laku diberi focus. Setiap matlamat dalam terapi perlu ditetapkan bersama oleh oleh kedua-dua pihak iaitu kauselor dan klien. Dalam mencapai matlamat tersebut terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti agar matlamat yang ingin dicapai dapat mengubah tingkah laku klien seperti yang dikehendaki. Antara langkah-langkah yang disarankan ialah :
7.1 Mendefinisikan masalah
Sekiranya masalah tersebut adalah untuk diselesaikan, ia haruslah dinyatakan dengan jelas seperti bila, siapa, dimana, dengan siapa, dan bagaimana masalah terjadi.

7.2 Mendapatkan sejarah perkembangan

Ia sangat berguna untuk kedua-dua pihak sma ada kaunselor ataupun klien bagi mengetahui punca dan bagaimana ia cuba diatasi sebelum ini.
7.3 Mengukuhkan matlamat yang spesifik
Kaunselor akan membantu klien untuk menetapkan matlamat-matlamat jangka pendek dan kaunselor perlu menetapkan pengalaman pembelajaran untuk klien membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan.

 7.4 Menentukan kaedah yang sesuai untuk berubah
Selalunya beberapa kaedah tingkah laku boleh mebantu klien untuk mencapai matlamat. Sekiranya tidak, satu kaedah itu akan diubah suai untuk dilihat keberkesanannya.
8.0 Tatacara Terapi Tingkah Laku (Proses dan Teknik)
Proses kaunseling merupakan salah satu proses pembelajaran yang mana kedua-dua pihak klien dan kauselor harus mengakui dan membenarkan proses atau situasi tersebut berlaku. Sebarang perubahan tingkah laku yang diperolehi melalui proses kauseling sebenarnya mempunyai hukum pembelajaran sama yang diaplikasikan walaupun bukan melalui proses kauseling. Wolpe (1958) menekankan yang kaunselor perlu menerima, memahami klien dan berkomunikasi dengannya serta tidak membuat andaian awal terhadap klien.
Kaunselor juga mestilah mempamerkan satu hubungan mesra dan empati serta menganggap setiap individu adalah baik. Dengan penerimaan tanpa syarat terdapat klien, adalah tidak mustahil untuk kaunselor mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh klien sekaligus meningkatkan kerjasama dan nilai yang sepatutnya perlu ada dalam diri klien bagi mengatasi kesukaran dan ermasalahan tersebut.
            Beberapa teknik telah diperkenalkan oleh Terapi Tingkah Laku. Antaranya ialah :

8.1 Systematic desensitization (Pelupusan)

Salah satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan kepada klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan, individu atau objek yang disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.
            Pendekatan asas yang diberikan kepada klien ialah relaksasi, iaitu langkah pertama. Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas terhadap kebimbangan tadi.
            Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan meneroka peristiwa yang menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut tahap kebimbangan.
            Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien dikehendaki berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam keadaan tenang. Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketaakutan atau kebimbangan tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.

8.2 Imaginal flooding

Tidak seperti systematic desensitization, teknik imaginal flooding bukan dilakukan secara beransur-ansur. Klien didedahkan dengan imej mental berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga ketakutan atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi sedikit. Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan yang sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu bayangkan didalam minda.

8.3 In Vivo

Teknik ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang digunakan untuk meransang ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua teknik diawal tadi iaitu systematic desensitization dan imaginal flooding. Dalam pendekatan ini klien juga mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan berusaha mengubah ketakutan dalam bentuk imej kepada situasi yang sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yng dialami.

8.4 Modeling

Modeling adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah laku orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini terdapat lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan kebimbangan dan akhir sekali menawarka. Jadi proses modeling boleh berlaku berdasarkan lima fungsi asas tadi dan dikombinasikan unuk membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic, participant dan covert modeling.

8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)

Teknik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah  self-instructional dan inokulasi tekanan. Self-instructional merupakan satu pendekatan untuk pengurusan kendiri yang diperkenalkan Donald Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu cara untuk individu mengajar diri mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan secara berkesan. Manakala dalam inklusi tekanan pula, klien disuntik atau dicampakkan dengan ransangan dan diberi sedikit tekanan sistem biological individu. Dengan itu individuatau klien akan berjaya mengatasi ketakutanmereka yang mana tekanan tersebut dapat kepercayaan atau cara pemikiran.

8.6 Perancangan persekitaran

Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

8.7 Relaxation Training

Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada  perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan.
Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma, headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

8.8 Latihan Assertif

Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan, iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi, Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling. Latihan ini sesuai untuk klien yang : Sukar melepaskan perasaan marah, Sukar mengatakan ‘TIDAK’, merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain, bias kepada sosial. Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.

8.9 Implosion dan Flooding

Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu, teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

8.10 Token Ekonomi

Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan, Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten

9.0 Peranan Kaunselor dan Klien

9.1 Peranan kaunselor

Kauselor akan memberi perhatian tehadap proses tingkah laku di mana proses ini dilihat sebgai tingkah laku yang nyata. Kaunselor yang mengambil pendekatan untuk membantu kien mempelajari sesuatu yang baru, membuat penyesuaian terhadap tindakan, mengubah suai atau menyingkirkan satu tingkah laku yang melampau atau tidak wajar serta menggantikan ingkah laku yang adaptif dengan maladaptive. Secara umumnya, adalah bergantung kepada kauselor sama ada akan menjalankan sesi secara aktif dan menyediakan pembelajaran yang tertentu. Dalam proses sebegini kaunselor berperanan sebagai perundingcara, guru, penasihat, peransang dan fasilitator.
            Proses kaunseling dalam Terapi Tingkah Laku ini memerlukan kerjasama yang erat antara klien dan kaunselor. Kaunselor mesti memahami diri klien dan mempunyai kepercayaan klien boleh berubah perlakuannya. Perkara yang penting adalah  kehendak klien yang mahukan perubahan tingkah laku.

9.2 Peranan Klien
Klien berperanan aktif dalam terapi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh kaunselor diantara sesi kaunseling. Klien dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti semasa sesi kaunseling berlansung dan dibantu oleh kaunselor untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian.

11.0 Penutup
 Terapi tingkah laku merupakan satu teori, teknik atau kaedah sistematik yang digunakan oleh ahli terapi dalam mengkaji dan meniliti bagaimana satu tingkah laku itu dapat dipelajari. Dalam mengubah atau menyesuaikan tingkah laku yang tidak patut kepada tingkah laku yang sesuai dan sepatutnya, terapi ini mempunyai falsafah dan pendekatan tersendiri yang telah berjaya meenjadikanya satu langkah yang berkesan.
           
            Terapi Tingkahh Laku merupakan satu pendekata klinikal yang digunakan dalam melihat kepelbagaian terhadap gangguan-gangguan dalam pelbagai keadaan.


 12.0 Rujukan
            12.1 Buku
·         Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai, Negeri Sembilan.
            12.2 Internet