Friday 11 July 2014

Kematian lamaran ALLAH..

Tajuk : Kematian lamaran ALLAH
Tajuk Asal : Aku sudah bertunang
Penulis : Raja Hazreen ( arwah akak sepupu)
Tarikh : 11 MEI 2014 (4.12 PM) - (Sebelum Arwah sakit)


Bismillahirahmanirrahim... ini kisah benar..

CERPEN INI DITULIS SEBELUM ARWAH SAKIT LAGI, ARWAH MENINGGAL PADA 26 JANUARI 2014 (AHAD) JAM 1.30 PAGI AKIBAT PENYAKIT BARAH YANG MENJALAR DITUBUHNYA..  RINDUNYA AKU PADA KAU WAHAI SEPUPU, UNTUNGNYA KAU KERANA KAU TAHU AJAL AKAN MENJEMPUT MU..

BACALAH WAHAI RAKAN IA MENGINGATKAN KITA MENGENAI KEMATIAN..
SEMOGA ROH ARWAH TENANG DAN DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

_________________________________________________________________________________

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yg memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat tgn ku memakai cincin di jari manis dan status relationship aku di facebook telah btukar 'engaged'. aku hanya tersenyum, tdk mengiyakan dan tidak pula menidakkan. diam ku bkn membuka pintu-pintu soalan yg maha banyak, ttp diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. sehingga kini, aku ttp setia dlm penantian.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. helaian demi helaian naskhah yg begitu menyentuh sanubari aku sbg hamba Allah. sukar sekali utk aku ungkapkan perasaan yg bersarang, mahu saja aku menangis semahunya, namun aku sudah berikrar, biarlah Allah s.w.t yg menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut.

sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-quran. aku mahu sebelum tibanya hari yg aku nantikan itu, aku sudah khatam al-quran, setidaknya-tidaknya nanti hatiku akan tenang. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik prnikahan tersebut, begini rasanya org-org yg mendahului.

"eryn, siapa tunang eryn? org mana? diam2 je.. xbagitaw nad pun.."

aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yg singgah. maaf, aku  masih mahu merahsiakan ttg perkara itu. cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang. kebenarannya itu antara aku dan Allah s.w.t.

apa yg mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. mereka mengandaikan aku sedang berbahagia apabila sudah dikhibahkan dgn 'dia' yg mendekatkan aku dgn Allah.

"bila awk menikah?"

aku tiada jwpn khusus.

"insya Allah, tiba waktunya nanti awk akan tahu.." aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bkn aku sengaja ttp mmg benar aku sendiri tdk tahu bila tarikhnya.

"jemput sy tau!" danial tersenyum.

"kalau awk x dtg pun, sy x berkecil hati, doakan sy banyak-banyak!" itu sahaja pesanku. aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya mjadi tanda tanya sendiri. diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"insya Allah, kalian pasti akan tahu bila sampai waktunya nanti.."

rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut spt org lain.

 ________________________________________________________________________________


" eryn, jom kita pergi lunch?"

aku tersenyum lagi.. akhir-akhir ini aku begitu pemurah dgn senyuman

"maaf, eryn puasa."

ieza juga semakin galak mengusik.

"wah, nak berdiet la tue. maklumlah, hari bahagia dah dekat... tarikhnya x ttp lg ke?"

"bkn diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi"

maafkan aku sahabat.aku juga menanti dgn penuh debaran. moga aku bersedia utk hari pernikahan dan mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. doakan aku, itu sahaja.

_________________________________________________________________________________

" Ya Allah, telah engkau tunangkan aku tidak lain dgn 'dia' yg mendekatkan dgn engkau. yang menyedarkan aku utk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku ttg dunia sementara, yang menyedarkan aku ttg alam akhirat. engkau satukan kami dalam majlis yg engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain engkau sbg sandaran harapan. engkau maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui."

dalam sedar tidak sedar....

"innalillahi wainna ilaihi rajiun...."

Akhirnya aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlias walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya mereka tahu siapa yg mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya mereka tahu kenapa aku merahsiakan dari umum. Dan akhirnya juga, mereka sama-sama mengambil ikhtibar dari ‘pertunangan’ aku...

Sahabatku....

“aku memang sudah bertunang.. cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri aku kepada Allah. Aku selalu puasa untuk mengosongkan perut agar jika izin dari-Nya, jenazah aku mudah dimandikan.”

_________________________________________________________________________________

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat aku memakai cincin. Kerana aku sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila aku akan dinikahkan. Tetapi sekurang-kurangnya, apabila sudah dirisik dan bertunang, kita akan sama-sama mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disbanding dan diarak keliling kampung walaupun hanya dengan sehelai kain putih.

Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA

________________________________________________________________________________

ARWAH SANGAT TABAH DAN KUAT DALAM MENGHARUNGI UJIAN DARINYA.. KUAT UNTUK BERTARUNG DENGAN PENYAKIT BARAHNYA DI USIA YANG MASIH MUDA.

# RINDU PADA ARWAH #

Thursday 10 July 2014

PRAY for GAZA

Tajuk : PRAY for GAZA
Penuis : SITI HAZIRAH (ZERA)
Tarikh : 10 JULAI 2014 (12 RAMADAN)

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!!

YA ALLAH!!! ANDAI AKU DI TEMPAT MEREKA TERTANGUNGKAH AKU DENGAN PENDERITAAN YANG DI ALAMI MEREKA SEKARANG? KUATKAH AKU? TABAHKAH AKU? HEBATKAH AKU? LAYAKKAH AKU? UNTUK MENERIMA UJIAN SEPERTI INI.. BERAT DAN SEBAK YANG TAK TERTANGUNG MELIHAT MEREKA  APA TAH LAGI MEREKA YANG MELALUINYA YANG MEMPERJUANGKAN DEMI AGAMA MU.. YA ALLAH AKU MINTA PADAMU YA ALLAH KURANGKAN LA PENDERITAAN MEREKA YA ALLAH.. HANYA PADA MU YA ALLAH AKU MEMINTA.. TIDAK SANGGUP LAGI AKU MELIHAT PENDERITAAN MEREKA.. TIDAK KIRA TUA, MUDA, KANAK-KANAK MAHUPUN BAYI YANG MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MEREKA..

KAU TAHU YA ALLAH APA YANGG TERBAIK UNTUK HAMBA MU INI, TETAPI AKU TETAP MEMOHON, MERAYU PADA MU KURANGKAN PENDERITAAN MEREKA, KUATKAN HATI MEREKA, TABAHKAN HATI MEREKA UNTUK TANGGUNG DAN HADAPI SEMUA INI..

SEBAK HATI INI
SEDIH JIWA INI..
MERONTA BATIN INI..

MELIHAT MEREKA YANG BERTARUNG TUA MUDA KANAK-KANAK BAYI SEMUANYA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MEREKA.. ANDAI NYAWA DAN JASAD AKU BOLEH DIJADIKAN GALANG GANTI KANAK-KANAK DAN BAYI YANG TIDAK BERDOSA ITU SILA LAH AMBIL AKU.. TIDAK SANGGUP AKU MELIHAT PEDERITAAN MEREKA..

WAHAI RAKYAT MALAYSIA..
WAHAI RAKAN SEISLAM KU..

JADIKANLAH PERKARA INI SEBAGAI SATU IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA.. BERDOALAH DAN TERUS BERDOA UNTUK MEREKA HANYA ITU YANG KITA MAMPU SESUNGUHNYA DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG ISLAM.. ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA..

WAHAI RAKYAT GAZA..

ALLAH SENTIASA DI SISI MU..
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK MU..
SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA..
KUAT LAH, TABAH LA.. BERDOA LAH.. KEPADANYA..
JIHADLAH UNTUK AGAMA MU
INSYA ALLAH SYURGA  DAN SYAHID UNTUK MU..

AMIN YA RABB.. :'(



# PRAY FOR GAZA #